Assalamualaikum para pemancing sekalian...
Kali nie aku nak berceritakan tentang Telaga Nenas...Bukan nak cite pasal tempat die...Tapi pasal port di sini.. Bak kate pepatah tak kenal maka tak cinta, bila dah kenal ibarat makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah..Macam kata Tan Sri P. Ramlee dah terkena penyakit angau...
Mungkin ramai kaki- kaki pancing yang masih belum mengenali tempat nie..Tapi bagi yang dah pernah memancing di sini, tetapi hasilnya kurang memberangsangkan, itu adalah nasib...Kadang2 mungkin hari tu bukan rezeki kita di tempat tu. Bagi kaki pancing yang tegar, mereka faham yang ini adalah lumrah memancing. Tidak semestinya tiap kali pegi mesti nak dapat ikan tul tak...
Ok..jom aku nak bukak cite pasal Kg. Telaga Nenas nie..Masa nie aku dan adik aku Ikmal plan buat program sendiri iaitu Jalan- Jalan Cari Port Mancing..hahaha...Kami singgah di Kg. Telaga Nenas nie cuma nak bersarapan je..Kebetulan warung yang kami singgah nak sarapan pagi nie betul- betul berhadapan dengan muara.Mula tu rasa biase je. Tengah sedap punyer makan, tiba- tiba mata aku ngan ikmal beralih ke arah sebuah sampan kecil. Dalam sampan tu ada sorang budak umur lebih kurang 14 tahun. terkerjut berok di buatnyer tengok die bawak siakap 5 kilo...Mana tak tebakor di buatnyer..Lepas tu aku dan ikmal merancang untuk bermalam di Kg. Telaga Nenas..Kat sane ade chalet..murah jer...Kami pun sewa RM60 semalam..
Malam menjelang tiba..hati makin gundah gulana...cukup jer time aku dan ikmal labuhkan pancing...sampai ke pagi umpan lansung tak di jamah...last- last kami tido je lar...
bangun pagi nak hirup udara segar,nak cuci mata melihat keindahan muara sekitar Kg. Telaga Nenas..dah lame kan tak hirup udara segar macam nie. Hahaha...ingat nak cuci mata tengok tumbuhan hijau, aleh- aleh mata di pukau oleh Ikan Jenahak yang beratnya dalam 5 kilo lebih...Perhhhh..Budak semalam...Semalam baru lepas bawak siakap 5 kilo, pas tu pagi nie bawak jenahak pulak 5 kilo lebih...terkulat- kulat mata aku ngan ikmal tengok nyer...Haaa..ini tak boleh jadi nie..aku pun terus tanyer budak tu kat mana port nie...budak tu pulak nak tak nak jer jawab...die pun tak bagi tau port tu..die terus belah macam tu jer...aku punyer laa bengang..die tak kasi tau port die...tak pe..rezeki tu ade di mana- mana kan..tapi tak baik laa budak tu buat macam tu kan...
Susah- susah sangat aku dengan ikmal cari la port sendiri..Jumpa laa satu port nie...Tengok potensi jugak..Ape lagi melabuh lah mancing..Jam dah pukul 3,umpan tak di sambar lagi..Hati dah rasa layu..Tepat jam 3.30 petang, joran adik aku ikmal melayang ke dalam air...meremang bulu rome beb tengok ikmal lawan ikan...main- punyer main, akhirnya ikan berjaya di tewaskan..tuuu dia...siakap 2 kilo...perghhh puas giler laa...sekor jer dapat hari tu...jadi laa Alhamdulillah..rezeki...rezeki...Kami plan nak pegi lagi..
Kalau diikutkan cerita nyer panjang lagi nie sebab aku dah berulang ke sini hampir tujuh kali beb...Ketujuh- tujuh kali pegi semua tak pernah hampa. Kalau hampa pun bukan sebab umpan tak di jamah..tapi kami kalah bertarung dengan ikan siakap di sini...aku nak bagi tau, siakap kat Kg. Telaga Nenas nie memang cekap putuskan tali..Macam nie laa nak cite panjang- panjang pun nanti bosan pulak korang nak baca kan..di pendekkan cite setiap kali kami pegi ikan yang berlainan yang kami bawak balik...nie tengok kat bawah nie gambor- gambor nyer...
Nie ler hasil- hasil yang pernah kami dapat di Telaga Nenas
Siakap 2 KG
Kurau 2.1 KG
Pari 3.5 KG
Kerapu 2.0 KG
ehmm...itu lah antara koleksi ikan yang pernah di daratkan di Telaga Nenas...Kira sepanjang berulang alik ke Telaga Nenas belum lagi yang menghampakan. Antara kenangan yang lain ialah kami bertiga sama- sama pernah merasa penangan siakap di sini yang agak sukar untuk di tewaskan. Rekod aku sendiri aku pernah terlepas 2 kali siakap, ikmal sekali terlepas dan member aku sharil yang gambar kat atas ni pun sekali terlepas siakap. Si Sharil nie dah lame dah nak ikut pegi port aku nie..Dah banyak kali dah pujuk aku nak ikut ke Telaga Nenas nie. Sian pulak aku tengok aku bawak laa sekali..Tapi rezeki orang baru kan kerapu 2 kilo naik nyer...tapi tak boleh lagi nak kalahkan ikan kurau aku tu..hahaha..mintak maaf yer sharil. Lepas tu member aku nie gian nak pegi lagi tempat nie..hahaha...dah kene badi Telaga Nenas. Tak pe sharil nanti kite plan lagi...berbalik cite siakap tadi..pendek kate ke semua tali kami pernah di gunting oleh sang siakap yang cekap nie..Bayangkan lah tali 30 lb putus..aku pulak penah pakai tali 80 lb pun kene gunting jugak..sendiri mau ingat la haa....Atau mungkin kami kot yang masih belum cukup ilmu macam mana nak bertarung ngan ikan siakap nie..
Ok laa..hingga berjumpa lagi dalam koleksi yang akan datang insyaallah...
Thursday, 17 October 2013
Wednesday, 12 June 2013
Anglers and fish catch memory
Anglers And Fish Catch Memory
Inilah koleksi gambar kenangan pemancing bersama hasil pancingan yang dapat disajikan untuk tatapan anda...Semoga anda turut sama teruja...selamat menonton gambar kami..terima kasih..nanti silalah tengok lagi yee...

Monday, 10 June 2013
Jenahak
merupakan satu spesis ikan yang cukup popular di kalangan pemancing.
Selain rasa isinya yang sedap, ia juga mempunyai nilai komersial yang
tinggi di pasaran. Tidak hairanlah ikan dari keluarga snapper yang
bersisik keemasan dan bertanda hitam bulat di badannya itu sentiasa
menjadi buruan para pemancing. Bagi yang berjaya menaikkan spesis ini,
khususnya yang bersaiz bagak, ia dianggap sebagai satu trofi kejayaan
peribadi.
Habitat:
Ikan yang digelar ‘bantal emas’ ini banyak didapati di perairan sebelah Pantai Barat, khususnya di sebelah utara Semenanjung yang menjadi syurga kepada spesis ini. Lokasi lubuk jenahak biasanya berupa kawasan-kawasan berkarang dan tukun-tukun buatan manusia, termasuklah kapal karam. Kebiasannya di kawasan karang, saiznya tidaklah begitu besar berbanding dengan di tukun-tukun kapal tetapi jumlahnya lebih banyak. Kapal Batek, Karang 06 dan Kapal Langkawi, Kedah, merupakan antara lubuk berpotensi yang menjanjikan hasil tangkapan jenahak yang cukup memuaskan. Lubuk-lubuk ini agak terpelihara daripada kerakusan bot pukat nelayan dan terletak berdekatan dengan perairan selatan Thai yang kaya dengan pelbagai spesis ikan.

Di
Pulau Pinang, antara lubuk-lubuk utama yang pernah menghasilkan
tangkapan memuaskan bagi spesis ini ialah Lubuk Senapang, Kapal Russia
dan Karang 60. Kawasan-kawasan pulau yang berdekatan seperti Pulau
Jerjak yang mempunyai struktur berkarang juga menyimpan khazanah ikan
jenahak bersaiz besar, tetapi populasinya kurang. Jenahak yang menghuni
lubuk-lubuk yang cetek dan berarus deras seperti di Kapal Jepun dan
Taiwan, Pulau Pinang, mempunyai warna yang agak pudar. Tetapi sifatnya
lebih agresif berbanding dengan spesis sama yang menghuni
struktur-struktur yang lebih dalam.
Sifat pemakanan:
Bagi memancing jenahak, kita perlulah mengenalpasti sifat pemakanannya yang agak tersendiri. Antara lewat malam hingga ke pagi, khususnya antara 12 -6 pagi, adalah masa ‘emas’ untuk memburu jenahak. Di kala pemancing mula mencari port yang sesuai untuk melelapkan mata, barulah ia rakus mencari makan. Ia akan berhenti makan setelah cahaya fajar mula terbit di garisan lautan. Oleh itu, mahu tidak mahu setiap pemancing haruslah bersedia untuk berjaga pada waktu tersebut sekiranya tidak mahu kempunan menewaskan jenahak. Namun tidak dinafikan ada juga di sesetengah tempat ia dapat dipancing waktu siang hari. Contohnya di Kapal Jepun dan Kelong Kapal, Pulau Pinang, sekumpulan jenahak pernah berjaya dipancing di kala panas terik matahari sekitar jam 12 tengahari.

Habitat
semula jadi mempengaruhi bukan sahaja sifat-sifat dan keadaan
fizikalnya tetapi juga cara pemakanannya. Untuk memancing jenahak, kita
haruslah mengetahui kesesuaian umpan mengikut lokasi. Selalunya
jenahak lebih gemar memilih umpan segar dengan umpan yang masih hidup
menjadi tumpuan. Antara umpan hidup yang menjadi menu utamanya ialah
cumit, kurita dan udang lipan. Bagaimanapun, kadangala umpan
hirisan juga boleh menjadi tarikan jenahak. Kepala cumit segar yang
mempunyai janggut dan mata yang menyinar di kegelapan malam hari adalah
seumpama “kerlipan bidadari” yang tidak akan ditolak jenahak. Di
setengah tempat, ia tidak begitu memilih umpan. Misalnya di Karang 06,
Kedah, jenahak boleh dipancing menggunakan hirisan umpan kembung segar.
Peralatan, Kaedah dan Teknik:
Dengan
sifat-sifatnya yang pemalu dan berhati-hati memilih umpan, kaedah utama
yang efektif menjerat jenahak ialah pancingan dasar. Kaedah lain
seperti jigging hanya sesuai di sesetengah tempat tertentu sahaja.
Jenahak kurang memakan jig. Spesis ikan ini juga bukanlah boleh
dikategorikan sebagai game fish. Ini kerana ia tidak kuat melawan tetapi
bagi pemancing, sangat syok menaikkannya kerana nilai ‘emas’nya,
lebih-lebih lagi jika terkena amukan bondongannya..
Oleh
itu, untuk merasa tarikan jenahak, kita hanya perlu menggunakan kekili
dan joran yang berkekuatan sederhana sahaja, tetapi bergantung juga
kepada keadaan arus. Jika arus di sesuatu lubuk itu agak laju, maka
peralatan yang berkekuatan berat perlulah digunakan untuk menampung saiz
batu ladung yang agak berat. Saiz batu ladung yang sering digunakan
oleh pemancing di sebelah utara, khususnya Pulau Pinang ialah yang
bernombor 18-32. Padanan kekili yang sesuai bagi tugas mengangkat batu
ladung seberat itu sekurang-kurangnya ialah kekili yang mempunyai dua
kelajuan atau seelok-eloknya kekili elektrik yang kini banyak dijual di
pasaran.
Persediaan
lain yang penting ialah perambut dan juga mata kail. Anda disarankan
menyediakan perambut tangsi yang berkekuatan sederhana sahaja, iaitu
antara 50-80lb sepanjang sekurang-kurangnya dua depa. Anda tidak perlu
menggunakan perambut dawai, memadailah dengan perambut mono sahaja
asalkan ia kenyal dan kuat. Perambut dawai selalunya kurang efektif
kerana ia dapat dikesan oleh deria jenahak yang sensitif. Jangan bimbang
tentang perambut putus kerana tidak seperti spesis ikan alu-alu atau
tenggiri, jenahak jarang memutuskan tali perambut kerana asakannya
tidaklah kuat dan ia juga tidak bergigi tajam. Cuma anda perlu
memastikan perambut selalu berada dalam keadaan baik dan tidak tercedera
akibat terkena geseran karang atau tukun. Selalunya saya menggunakan
perambut berwarna jernih dan halimunan seperti Berkley Varnish yang saya
dapati memang berkesan menjerat jenahak. Warna jernih, halimunan dan
kehalusan tali adalah kombinasi faktor yang baik untuk memerangkap
spesis yang pemalu seperti jenahak.
Di
Pulau Pinang kami sering menggunakan perambut dari jenis bercabang. Ini
membolehkan umpan berbeza diletakkan dan dapat mengukur umpan manakah
yang menjadi perhatian. Selain itu, teknik perambut bercabang
mengurangkan risiko keciciran umpan dan ia kadangkala dapat menjerat dua
ekor ikan sekaligus.Untuk mengelakkan daripada membazir di samping
memudahkan anda menggantikan perambut yang rosak, perambut disediakan
dalam dua bahagian iaitu perambut utama (panjang) dan gantian (pendek).
Cara
penyediaannya ialah setiap perambut diikat cili pada hujungnya manakala
mata kail hanya diikat pada perambut yang lebih pendek. Perambut yang
pendek disambungkan melalui cili tersebut kepada hujung perambut utama.
Setiap kali apabila ikan berjaya dinaikkan dan didapati perambut gentian
telah rosak atau putus, maka tukarlah perambut pendek tersebut kepada
perambut lain tanpa perlu membuang perambut utama. Sediakan perambut
gantian banyak-banyak supaya apabila ikan sedang mengamuk dan perambut
putus, kita tidaklah kekalutan memasangnya semula kerana masa
‘emas’memancing jenahak tidak boleh dibazirkan sebelum ia mula berhenti.
Dari
segi penggunaan mata kail, biasanya saiz yang sesuai tidaklah begitu
besar. Memadailah menggunakan saiz dua hingga tiga sahaja, khususnya
dari jenis yang bermutu, tajam dan tidak mudah patah. Oleh kerana
sesetengah lubuk, khususnya di Pulau Pinang terkenal dengan kedalaman
dan arusnya yang laju, maka batu ladung sebesar nombor 24-32 menjadi
taruhan terbaik. Batu ladung yang berat amat penting kerana jika ladung
tidak merapati dasar dan umpan melayang-layang jauh daripada dasar laut,
maka ia tidak akan berjaya menarik perhatian jehanak yang sering
bermain di dasar.
Paling
mudah dan efektif, sekiranya memancing di kawasan yang tidak terkena
betul-betul pada karang atau tukun, ialah dengan membiarkan ladung jatuh
menyentuh dasar dan kemudian setkan drag pada kedudukan yang sesuai.
Berdasarkan eksperimen yang pernah dibuat, kumpulan jenahak lebih mudah
diburu dengan taktik sedemikian berbanding dengan cara mengangkut ladung
atau umpan ke paras lebih tinggi. Tidak akan berlaku masalah sangkut
sekiranya kawasan pancingan itu di luar daripada tukun. Berbanding
spesis kerapu, jenahak selalunya gemar mencari makan di luar kawasan
tukun dan jarang masuk ke lubuk setelah meragut umpan, kecualilah jika
kita terleka.
Spesis emas ini sering bergerak secara berkumpulan dan apabila tiba masanya ia meragut umpan, bersedialah dengan amukannya yang bertubi-tubi sehinggalah ia mula berhenti makan. Oleh itu, kita perlulah memastikan pada waktu jenahak frenzy tidak ada sebarang kes ikan yang rabut. Jika kes rabut berlaku berkali-kali, agak sukar untuk mengekalkan ragutannya kerana sudah pasti jenahak yang tercedera akan lari membawa bersama kumpulannya jauh dari lubuk.
Cara ragutan jenahak tidaklah begitu kasar. Kadangkala joran melintuk seakan-akan ada tarikan ikan kecil sahaja walaupun pada waktu itu saiz pemangsa sebenar adalah sebesar bantal peluk. Jadi anda perlulah sentiasa memeriksa joran dan pada waktu meninggalkannya, letakkan loceng di penghujung joran sebagai siren amaran.
Selalunya jenahak meragut umpan dengan cara menggetu terlebih dahulu, mengulum atau cuba melarikan umpan itu sebelum menelannya. Apabila ia merasakan keadaan selamat, barulah ia betul-betul menelan umpan dan ketika itu, mata kail pasti akan tertancap kemas di mulutnya atau terus tersangkut di dalam perutnya. Jadi anda tidaklah perlu terburu-buru menyentap joran, atau tak perlu langsung melakukan sentapan. Cara yang terbaik ialah membiarkan dulu umpan dilarikan dan ditelan sepenuhnya oleh ikan. Ketika itu kesabaran anda sewaktu melihat joran tergerak-gerak adalah ujian utama dalam menentukan kejayaan memancing jenahak.

Selalunya
jika pemancing menyentap joran dengan kasar, umpan akan mudah tercabut
daripada mulut ikan kerana kadangkala umpan masih belum ditelan dengan
sempurna oleh si ikan. Malah kalau boleh biarkan sahaja joran melintuk
beberapa lama kerana setelah menelan umpan, jenahak biasanya jarang
terlepas. Banyak kes yang berlaku di mana setelah beberapa lama baru
pemancing menyedari bahawa umpannya telah diragut sesuatu dan setelah
ditarik, barulah didapati seekor jenahak bantal yang menelan mata kail
dan sudah tidak bermaya lagi.
Di
situlah terletaknya kelemahan spesis ini iaitu apabila ia menelan
umpan, mata kail akan tetancap kemas pada mulut atau perutnya. Apabila
dipam, ia hanya berupaya melawan seketika sahaja sebelum asakannya
menjadi lemah di pertengahan air dan kemudiannya timbul di permukaan air
dalam keadaan perut sudah pun tersembur keluar. Oleh itu anda tidak
perlu terburu-buru mengepam untuk menaikkannya supaya tidak berlaku kes
putus atau rabut akibat rintangan air. Apabila jenahak sudah naik ke
permukaan air, bermakna rezeki sudah pun berada di dalam tangan anda.
(Utk makluman anda, tip ini mungkin sesuai di perairan tertentu shj, khususnya utara. Sifat ikan adalah berbeza dan oleh itu, pengalaman menjelajah ke lubuk-lubuk berbeza di tempat berbeza amatlah berbaloi. jangan kerana kita memancing di satu-satu tempat shj maka kita menjadi taksud dengan menganggap apa yg kita alami di satu tempat mewakili semua sifat ikan dan lubuk lain. Jauh perjalanan luas pengalaman). Sekian.

Tips Memancing Siakap
Tips dan cara memancing siakap
Siakap
ni kena pandai baca air. Sebab siakap ni suka duduk muara sungai,
seelok-eloknya masa nak mancing dia ni ialah masa air dah dekat-dekat
nak pasang penuh sebab masa tu tahap kemasinan/kepayauan air laut yang
bercampur dengan air sungai cukup sesuai dengan siakap ni. Lagi pun masa
tu arus dah tak kuat, senang nak buat kerja.
Mancing siakap kalau ikut stail saudara yang taknak main casting ni paling mujarab pakai umpan hidup seperti udang atau belanak hidup. Ikan jenjulung pun boleh. Tapi kena guna pelampung.
Tali utama dalam 10-20lbs dah cukup. Rod jenis fast action sesuai dengan kekuatan tali utama.
Perambut kena kasar sikit dalam 30-50lbs dari jenis abasion resistant sebab siakap ni cekap memutuskan perambut dengan menggunakan penutup insangnya yang tajam tu. Tak perlu guna perambut dawai sebab tips yang saya dapat dari pakar siakap dari Halco iaitu Mr. Barefoot Hodgie mengatakan perambut dawai ni mengakibatkan wujubnya tenaga elektrik yang menjadikan siakap culas untuk mendekati umpan.
Cara ikat (rigging) ialah batu ladung kecil diletakkan di antara umpan dengan pelampung supaya umpan tenggelam dan tak dapat berenang menghampiri tali yang akhirnya menyebabkan tali berselirat dengan perambut/umpan.
Jarak umpan dengan pelampung bergantung kepada kedalaman air, kalau sungai tu dalam kena panjangkan lagi sebab siakap berlegar mencari mangsa di antara pertengahan air ke bawah permukaan air. Itulah sebab dia cukup suka dengan belanak sebab belanak duduk kat permukaan air - senang dia serang hendap dari bawah. - wahoo (edited)
kalau nak casting atau trolling di muara...waktu afdal adalah waktu air surut ataupun mula2 nak pasang...waktu ni senang sikit nak perdaya depa sebab depa duk di kawasan yg ada struktur...umpamanya...batu2, kayu2, tiang2 jambatan, tongkang pecah dsb...menunggu ambush anak2 ikan...so, Bro pergi casting di kawasan2 strategik macam ni lah...kalau air pasang, depa agaknya masuk dlm bakau ikut anak2 ikan yang masuk ke dlm bakau utk cari makan...so, susah sikit nak casting.... - oakinn (edited)
Wild siakap on lure saya pernah dapat sekali masa jigging 5gm halco jig masa tengah carik Tarpon. Mula-mula memang dapat banyak tarpon saiz power even pada shimano 2500 (reel ultralight time nie rosak pulak); reel asyik menjerit.
Nasib baik sebab lepas tu kena siakap...mencicit tali keluar, tapi reel agak power, so siakap dapat didaratkam lepas beberapa kali dia buat pecutan mengegarkan jiwa. Bawak balik makan, tapi tak sedap sebab siakap payau dan dan banyak sangat freshwater kat situ (better release next time). kena siakap beberapa kali, tapi asyik terlepas, baru-baru nie micro popper altima pun kena hentam dipercayai siakap, tapi terer betul dia bawak masuk reba. 2 kali siakap hentam popper river2sea, tapi tak hook-up tapi bunyi sedutan dia tu cukup menggegarkan jiwa. Msalah utama teknik retrieve untuk siakap dan tarpon berbeza sebab untuk tarpon kita lebih agressive mainkan lure, itu mungkin sebab utama siakap selalu terlepas. Sally yang main slow selalu kena siakap dan haruan air payau berbanding tarpon.
Kat semi-wild (retention pond); banyak siakap tertipu dengan lure (macam-macam jenis lure buleh). Nampaknya teknik stop and go antara teknik terbaik sebab cara makan dia yang suka menyedut lure.
Macam wahoo cakap, takpayah guna wire leader, mono leader dah cukup even siakap below 500gm buleh kesatkan tali dengan mulut dia tu, saya belum pernah kena potong dengan operkulum(pipi) dia tu lagi. Rajin-rajinlah tukar leader bila selalu kena siakap especially lepas dia telan lure.
Siakap merah pun kena mainkan lure perlahan, saya fail bab retrieve perlahan; dah 2 kali siakap merah wild nie terlepas depan mata sebab saya ganas sangat retrieve dan fight dia sebab tempat penuh reba...kena menuntut kat master bowjenk lagi la....- sild
Sebenarnya tgk air keruh nih byk definisi die. Air jernih pun x sesuai utk siakap. Die akan guna seluruh pancaindera die ketika air jernih dan senang mengesan bahaya.
Keruh.. kerana hujan dihulu bawa air tawar ke muara mmg x sesuai. Air jadi tawar.. dan ikan kurang selera dan akan keluar dari muara utk sementara. Tp jika sungai itu tidak mempunyai masalah.. air tetap payau walau hujan. Masih ada peluang.
Cara nak tengok air keruh yg masih bleh jejak siakap. celupkan tangan dlm 1 kaki. Tgk tapak tangan samada jelas atau tidak. Jika sejelasnya.. air jernih sgt. jika x nampak.. keruh sgt. Yg plg sesuai.. air nampak 'berdebu'.... tak keruh dan x jernih.
Rupa gewang kakap yg popular turun temurun tempat kawe, biasalah minnow yg panjang2. Jenis minnow nih bleh dikatakan pelbagai tempat bleh pakai. Selain minnow, Rapala 'Shad Rap' sesuai jugak. Ini gewang2 asas. Warna utk gewang asas.. yg mempunyai tone Biru/silver@putih dan Hitam/Silver@putih. 2 jenis warna asas itu sesuai utk cuaca terang dan air yg agak jernih. 2 jenis warna itu jugak mewakili warna 'natural'. Warna biru pernah terbaca penjelasan saintifik... ikan dapat melihat jelas warna biru dlm air tak lebih 5 kaki.
Contoh.. Rapala Husky/Husky Jerk/Original Floating/Countdown/Shad rap, Nils Master Invisible/spearhead, Rebel Minnow, Bomber 'long A' dll
Jika suasana air sungai tempat berlainan.. agak kekuningan atau coklat sedikit. Warna sesuai adalah gewang berasas warna coklat/ gold/kuning/oren. Kiasan warna coklat/gold/kuning/oren dlm kondisi air coklat/kekuningan akan menghasil efek 'natural' jugak pada gewang.
Jika sungai itu berair 'hitam' dan agak gelap.. dan bila diuji dgn tapak tangan seakan warna nescafe o cair. Gewang warna 'aussie style' spt pink, biru terang, fire tiger agak sesuai. Tp kegemaran individu kawe, memilih biru terang atau pink utk menduga air begitu. jika gewang cetek (shallow diver) kawe pilih biru dan jika dalam pilihan Pink @'Elton John' (deep diver). Warna2 gewang aussie mmg terang2/shining. Ini kerana mat saleh aussie..berpegang prinsip 'Action is everything'. Sbb itu diorang mmg sengaja mengenakan warna yg melawan hukum 'natural'. Setau kawe Dave Killalea 'Killalure' yg mulakan trend ini utk mengatasi gewang finland yg dominasi pasaran Aussie pd awalnya spt Rapala & Nils Master.
Contoh air yg sememangnya patut lupakan niat casting kakap- Air teh tarik dan Kopi susu! Jika air begitu gewang2 apapun bergantung luck semata2!
Tp itu cuma panduan utk pilih gewang. Bab casting kakap bermula dari 'tgk air' utk tau selera ikan. Lepas tu mengesan kakap bermain dan tempat die menghendap. Plg best jika dgn die mnghambur dan menangkap anak ikan. Jika nak tau bunyi kakap menangkap.. ada bunyi 'Boof!!'. Dan ada gewang Mann's utk kakap (rupa mcm Mann's Stretch).. 'Dr. Boof Bait'.
Mancing kakap mmg kena usaha lebih sket, sbb susah mancing dgn semata2 bergantung pada nasib. Kena rajin dan disiplin utk ikut waktu air. Sifu kawe dulu cakap...'mung nok ngail kakap, mung kena belajor dulu berfikir macam kakap!'.
warna air jugak bleh mempengaruhi warna sisik kakap putih. Dari warna pun bleh anggarkan kualiti daging kakap putih.
kawe utk kakap.. 16-18lb mono. Jgn pilih tali jepun kerana diameter kecik x tahan geseran. Kawe pilih Maxima 'green' kerana lasak. Legend2 kakap Ganu selalunya fanatik dgn tali 'cap ikan kuning' kerana 'kurang spring'. Tali nih murah aja.. tp otai cuma gunakan utk naikkan dlm 2-3 ekor ikan, dan diorang buang dan isi baru.
Tali yg baru diisi dlm spool, WAJIB di 'buang spring' dulu utk elak masalah dimasa depan. Caranya.. selepas isi tali dlm spool JANGAN terus memancing. cuma pasang ladung.. dan casting la sekurang2 50 kali.. lagi byk lagi bagus. Baru tali takkan buat masalah spt bihun@birdnest.. lebih2 lagi kat baitcaster. Dan anda takkan mengeluh dgn tali diameter kasar spt MAXIMA.
Jika anda main casting gewang.. jika anda mmg pemancing aktif. Harus dibuang dlm hujung dlm 2-3 kaki setiap kali turun. Ini utk elakkan tali injured yg akan kecewakan anda nanti (sbb masa casting mmg tali akan bergeser dgn pelbagai struktur). Sbb itu jarang pakai tali yg mahal2.. - silverbarra (edited)
thanks silverbarra

Sunday, 9 June 2013
Cara Melawan Kerapu
Cara Melawan Kerapu
Cara melawan kerapu yang betul adalah satu syarat terpenting untuk mengelakkannya dari masuk ke sarang dan menyebabkan kita menggigit jari. Taktik yang paling asas ialah kita jangan memberikan sebarang peluang kepada si kerapu untuk menarik tali keluar dari kekili dan memalingkan kepalanya ke bawah. Ini kerana jika ia berjaya berbuat demikian, ia akan menuju terus ke struktur berkarang dan pasti berjaya membelit atau memutuskan tali.Sebaiknya kita harus mengekangnya sepantas dan sekuat yang boleh dan memaksanya bertahan agak lama sambil mencuba untuk menariknya menuju ke permukaan air. Cara ini agak kasar dan begitu memenatkan, tetapi berbaloi kerana kerapu hanya melawan seketika waktu sahaja. Jika kepalanya berjaya dihala ke atas dan ia sudah ditarik ke pertengahan air, tidak akan wujud sebarang masalah untuk menewaskannya kerana ketika itu ia sudah lemah dan tidak berdaya untuk melawan lagi.

Subscribe to:
Posts (Atom)