Jenahak
merupakan satu spesis ikan yang cukup popular di kalangan pemancing.
Selain rasa isinya yang sedap, ia juga mempunyai nilai komersial yang
tinggi di pasaran. Tidak hairanlah ikan dari keluarga snapper yang
bersisik keemasan dan bertanda hitam bulat di badannya itu sentiasa
menjadi buruan para pemancing. Bagi yang berjaya menaikkan spesis ini,
khususnya yang bersaiz bagak, ia dianggap sebagai satu trofi kejayaan
peribadi.
Habitat:
Ikan yang digelar ‘bantal emas’ ini banyak didapati di perairan sebelah Pantai Barat, khususnya di sebelah utara Semenanjung yang menjadi syurga kepada spesis ini. Lokasi lubuk jenahak biasanya berupa kawasan-kawasan berkarang dan tukun-tukun buatan manusia, termasuklah kapal karam. Kebiasannya di kawasan karang, saiznya tidaklah begitu besar berbanding dengan di tukun-tukun kapal tetapi jumlahnya lebih banyak. Kapal Batek, Karang 06 dan Kapal Langkawi, Kedah, merupakan antara lubuk berpotensi yang menjanjikan hasil tangkapan jenahak yang cukup memuaskan. Lubuk-lubuk ini agak terpelihara daripada kerakusan bot pukat nelayan dan terletak berdekatan dengan perairan selatan Thai yang kaya dengan pelbagai spesis ikan.

Di
Pulau Pinang, antara lubuk-lubuk utama yang pernah menghasilkan
tangkapan memuaskan bagi spesis ini ialah Lubuk Senapang, Kapal Russia
dan Karang 60. Kawasan-kawasan pulau yang berdekatan seperti Pulau
Jerjak yang mempunyai struktur berkarang juga menyimpan khazanah ikan
jenahak bersaiz besar, tetapi populasinya kurang. Jenahak yang menghuni
lubuk-lubuk yang cetek dan berarus deras seperti di Kapal Jepun dan
Taiwan, Pulau Pinang, mempunyai warna yang agak pudar. Tetapi sifatnya
lebih agresif berbanding dengan spesis sama yang menghuni
struktur-struktur yang lebih dalam.
Sifat pemakanan:
Bagi memancing jenahak, kita perlulah mengenalpasti sifat pemakanannya yang agak tersendiri. Antara lewat malam hingga ke pagi, khususnya antara 12 -6 pagi, adalah masa ‘emas’ untuk memburu jenahak. Di kala pemancing mula mencari port yang sesuai untuk melelapkan mata, barulah ia rakus mencari makan. Ia akan berhenti makan setelah cahaya fajar mula terbit di garisan lautan. Oleh itu, mahu tidak mahu setiap pemancing haruslah bersedia untuk berjaga pada waktu tersebut sekiranya tidak mahu kempunan menewaskan jenahak. Namun tidak dinafikan ada juga di sesetengah tempat ia dapat dipancing waktu siang hari. Contohnya di Kapal Jepun dan Kelong Kapal, Pulau Pinang, sekumpulan jenahak pernah berjaya dipancing di kala panas terik matahari sekitar jam 12 tengahari.

Habitat
semula jadi mempengaruhi bukan sahaja sifat-sifat dan keadaan
fizikalnya tetapi juga cara pemakanannya. Untuk memancing jenahak, kita
haruslah mengetahui kesesuaian umpan mengikut lokasi. Selalunya
jenahak lebih gemar memilih umpan segar dengan umpan yang masih hidup
menjadi tumpuan. Antara umpan hidup yang menjadi menu utamanya ialah
cumit, kurita dan udang lipan. Bagaimanapun, kadangala umpan
hirisan juga boleh menjadi tarikan jenahak. Kepala cumit segar yang
mempunyai janggut dan mata yang menyinar di kegelapan malam hari adalah
seumpama “kerlipan bidadari” yang tidak akan ditolak jenahak. Di
setengah tempat, ia tidak begitu memilih umpan. Misalnya di Karang 06,
Kedah, jenahak boleh dipancing menggunakan hirisan umpan kembung segar.
Peralatan, Kaedah dan Teknik:
Dengan
sifat-sifatnya yang pemalu dan berhati-hati memilih umpan, kaedah utama
yang efektif menjerat jenahak ialah pancingan dasar. Kaedah lain
seperti jigging hanya sesuai di sesetengah tempat tertentu sahaja.
Jenahak kurang memakan jig. Spesis ikan ini juga bukanlah boleh
dikategorikan sebagai game fish. Ini kerana ia tidak kuat melawan tetapi
bagi pemancing, sangat syok menaikkannya kerana nilai ‘emas’nya,
lebih-lebih lagi jika terkena amukan bondongannya..
Oleh
itu, untuk merasa tarikan jenahak, kita hanya perlu menggunakan kekili
dan joran yang berkekuatan sederhana sahaja, tetapi bergantung juga
kepada keadaan arus. Jika arus di sesuatu lubuk itu agak laju, maka
peralatan yang berkekuatan berat perlulah digunakan untuk menampung saiz
batu ladung yang agak berat. Saiz batu ladung yang sering digunakan
oleh pemancing di sebelah utara, khususnya Pulau Pinang ialah yang
bernombor 18-32. Padanan kekili yang sesuai bagi tugas mengangkat batu
ladung seberat itu sekurang-kurangnya ialah kekili yang mempunyai dua
kelajuan atau seelok-eloknya kekili elektrik yang kini banyak dijual di
pasaran.
Persediaan
lain yang penting ialah perambut dan juga mata kail. Anda disarankan
menyediakan perambut tangsi yang berkekuatan sederhana sahaja, iaitu
antara 50-80lb sepanjang sekurang-kurangnya dua depa. Anda tidak perlu
menggunakan perambut dawai, memadailah dengan perambut mono sahaja
asalkan ia kenyal dan kuat. Perambut dawai selalunya kurang efektif
kerana ia dapat dikesan oleh deria jenahak yang sensitif. Jangan bimbang
tentang perambut putus kerana tidak seperti spesis ikan alu-alu atau
tenggiri, jenahak jarang memutuskan tali perambut kerana asakannya
tidaklah kuat dan ia juga tidak bergigi tajam. Cuma anda perlu
memastikan perambut selalu berada dalam keadaan baik dan tidak tercedera
akibat terkena geseran karang atau tukun. Selalunya saya menggunakan
perambut berwarna jernih dan halimunan seperti Berkley Varnish yang saya
dapati memang berkesan menjerat jenahak. Warna jernih, halimunan dan
kehalusan tali adalah kombinasi faktor yang baik untuk memerangkap
spesis yang pemalu seperti jenahak.
Di
Pulau Pinang kami sering menggunakan perambut dari jenis bercabang. Ini
membolehkan umpan berbeza diletakkan dan dapat mengukur umpan manakah
yang menjadi perhatian. Selain itu, teknik perambut bercabang
mengurangkan risiko keciciran umpan dan ia kadangkala dapat menjerat dua
ekor ikan sekaligus.Untuk mengelakkan daripada membazir di samping
memudahkan anda menggantikan perambut yang rosak, perambut disediakan
dalam dua bahagian iaitu perambut utama (panjang) dan gantian (pendek).
Cara
penyediaannya ialah setiap perambut diikat cili pada hujungnya manakala
mata kail hanya diikat pada perambut yang lebih pendek. Perambut yang
pendek disambungkan melalui cili tersebut kepada hujung perambut utama.
Setiap kali apabila ikan berjaya dinaikkan dan didapati perambut gentian
telah rosak atau putus, maka tukarlah perambut pendek tersebut kepada
perambut lain tanpa perlu membuang perambut utama. Sediakan perambut
gantian banyak-banyak supaya apabila ikan sedang mengamuk dan perambut
putus, kita tidaklah kekalutan memasangnya semula kerana masa
‘emas’memancing jenahak tidak boleh dibazirkan sebelum ia mula berhenti.
Dari
segi penggunaan mata kail, biasanya saiz yang sesuai tidaklah begitu
besar. Memadailah menggunakan saiz dua hingga tiga sahaja, khususnya
dari jenis yang bermutu, tajam dan tidak mudah patah. Oleh kerana
sesetengah lubuk, khususnya di Pulau Pinang terkenal dengan kedalaman
dan arusnya yang laju, maka batu ladung sebesar nombor 24-32 menjadi
taruhan terbaik. Batu ladung yang berat amat penting kerana jika ladung
tidak merapati dasar dan umpan melayang-layang jauh daripada dasar laut,
maka ia tidak akan berjaya menarik perhatian jehanak yang sering
bermain di dasar.
Paling
mudah dan efektif, sekiranya memancing di kawasan yang tidak terkena
betul-betul pada karang atau tukun, ialah dengan membiarkan ladung jatuh
menyentuh dasar dan kemudian setkan drag pada kedudukan yang sesuai.
Berdasarkan eksperimen yang pernah dibuat, kumpulan jenahak lebih mudah
diburu dengan taktik sedemikian berbanding dengan cara mengangkut ladung
atau umpan ke paras lebih tinggi. Tidak akan berlaku masalah sangkut
sekiranya kawasan pancingan itu di luar daripada tukun. Berbanding
spesis kerapu, jenahak selalunya gemar mencari makan di luar kawasan
tukun dan jarang masuk ke lubuk setelah meragut umpan, kecualilah jika
kita terleka.
Spesis emas ini sering bergerak secara berkumpulan dan apabila tiba masanya ia meragut umpan, bersedialah dengan amukannya yang bertubi-tubi sehinggalah ia mula berhenti makan. Oleh itu, kita perlulah memastikan pada waktu jenahak frenzy tidak ada sebarang kes ikan yang rabut. Jika kes rabut berlaku berkali-kali, agak sukar untuk mengekalkan ragutannya kerana sudah pasti jenahak yang tercedera akan lari membawa bersama kumpulannya jauh dari lubuk.
Cara ragutan jenahak tidaklah begitu kasar. Kadangkala joran melintuk seakan-akan ada tarikan ikan kecil sahaja walaupun pada waktu itu saiz pemangsa sebenar adalah sebesar bantal peluk. Jadi anda perlulah sentiasa memeriksa joran dan pada waktu meninggalkannya, letakkan loceng di penghujung joran sebagai siren amaran.
Selalunya jenahak meragut umpan dengan cara menggetu terlebih dahulu, mengulum atau cuba melarikan umpan itu sebelum menelannya. Apabila ia merasakan keadaan selamat, barulah ia betul-betul menelan umpan dan ketika itu, mata kail pasti akan tertancap kemas di mulutnya atau terus tersangkut di dalam perutnya. Jadi anda tidaklah perlu terburu-buru menyentap joran, atau tak perlu langsung melakukan sentapan. Cara yang terbaik ialah membiarkan dulu umpan dilarikan dan ditelan sepenuhnya oleh ikan. Ketika itu kesabaran anda sewaktu melihat joran tergerak-gerak adalah ujian utama dalam menentukan kejayaan memancing jenahak.

Selalunya
jika pemancing menyentap joran dengan kasar, umpan akan mudah tercabut
daripada mulut ikan kerana kadangkala umpan masih belum ditelan dengan
sempurna oleh si ikan. Malah kalau boleh biarkan sahaja joran melintuk
beberapa lama kerana setelah menelan umpan, jenahak biasanya jarang
terlepas. Banyak kes yang berlaku di mana setelah beberapa lama baru
pemancing menyedari bahawa umpannya telah diragut sesuatu dan setelah
ditarik, barulah didapati seekor jenahak bantal yang menelan mata kail
dan sudah tidak bermaya lagi.
Di
situlah terletaknya kelemahan spesis ini iaitu apabila ia menelan
umpan, mata kail akan tetancap kemas pada mulut atau perutnya. Apabila
dipam, ia hanya berupaya melawan seketika sahaja sebelum asakannya
menjadi lemah di pertengahan air dan kemudiannya timbul di permukaan air
dalam keadaan perut sudah pun tersembur keluar. Oleh itu anda tidak
perlu terburu-buru mengepam untuk menaikkannya supaya tidak berlaku kes
putus atau rabut akibat rintangan air. Apabila jenahak sudah naik ke
permukaan air, bermakna rezeki sudah pun berada di dalam tangan anda.
(Utk makluman anda, tip ini mungkin sesuai di perairan tertentu shj, khususnya utara. Sifat ikan adalah berbeza dan oleh itu, pengalaman menjelajah ke lubuk-lubuk berbeza di tempat berbeza amatlah berbaloi. jangan kerana kita memancing di satu-satu tempat shj maka kita menjadi taksud dengan menganggap apa yg kita alami di satu tempat mewakili semua sifat ikan dan lubuk lain. Jauh perjalanan luas pengalaman). Sekian.

No comments:
Post a Comment