Friday 6 July 2012


ahfgarciaX Fishing Team

assalammualaikum...
syukur ke hadrat Ilahi, impian untuk menubuhkan kelab memancing
akhirnya berjaya ditubuhkan
pada tanggal 07.07.2012

pada asalnya kami mula berkecimpung dalam dunia memancing ini
pada tahun 2010.
ketika itu kekuatan kelab kami hanya seramai 2 hingga 3 orang sahaja.
tetapi masih tidak mampu untuk menubuhkan sebuah kelab yang kukuh.

pada suatu ketika,
kelab kami terumbang-ambing ibarat tiada hala tuju 
pada sangkaan kami,
impian untuk membina sebuah kelab memancing 
hanya sebuah mimpi kosong
yang hilang bila menjelang pagi.
namun,
dengan kekuatan yang ada, kami gagahkan jua
bagi merealisasikan impian kami, ibarat bukan angan-angan si mat jenin.

kini,
kelab kami semakin utuh dengan bertambahnya bilangan ahli
yang kini telah mencecah seramai 6 orang ahli.
walaupun bilangan kami adalah kecil,
tetapi,
kami tetap berasa bersyukur kerana,
walau di mana jua, dalam apa keadaan,
kami tetap sepakat dan bersatu.
walaupun kami PERNAH dipandang rendah.

wahai otai-otai pancing sekalian,
kami budak baru belajar,
kalau salah tolong tunjukkan.
kerana kami,
baru setahun jagung.
minta otai-otai sudi beri tunjuk ajar.
berkongsi pengalaman bersama kami.

akhir kalam,
setinggi penghargaan kepada ahli kami 
yang menjadi tulang belakang sehingga
berdiri tegaknya kelab AHF.

No comments:

Post a Comment